M u t i a r a F M - R a d i o O n l i n e

Makluman / Pemberitahuan :

Dimaklumkan Bahawa Laman Rasmi Mutiara FM @ www.mutiarafm.gov.my Tidak Dapat Di Layari Sementara Waktu Akibat Daripada Penyelenggaraan Sistem Server Serta Naiktaraf Kemudahan Sistem. Sebarang Gangguan Amat Dikesali. Pihak Kami Memohon Maaf Atas Gangguan Yang Dialami.
Justeru Itu Anda Boleh Mendapatkan Informasi Terkini Melalui Radio Serta Laman Blog Dan Facebook Kami.

Sekian,
Mutiara FM, Segalanya Untukmu

Hubungi Kami :

Hubungi Kami :

Pautan : Portal Kejuruteraan

Senarai Segmen @ Mutiara FM

  • SEGMEN RIUH @ MUTIARA : JAM 0600 - 0900
  • SEGMEN XY @ MUTIARA : JAM 0900 - 1300
  • SEGMEN SANTAI @ MUTIARA : JAM 1300 - 1700
  • SEGMEN SERI @ MUTIARA : JAM 1700 - 2100
  • SEGMEN DIMENSI @ MUTIARA : JAM 2100 - 2400

SMS Mutiara FM

Mutiara FM on Facebook
Mutiara FM on Facebook

Khamis, 14 Mei 2009

Ujibakat "Penyampai Berita, Pengacara TV Dan Wartawan TV" RTM

Ujibakat Penyampai, Pengacara Dan Wartawan TV RTM

Kepada Warga Pulau Pinang Yang Bercita -Cita Ingin Menjadi Penyampai Berita TV, Pengacara TV Dan Wartawan TV RTM.

Sila Ke Sesi Ujibakat Yang Akan Diadakan :


Lokasi Ujibakat : TRADERS HOTEL, KOMTAR. Pulau Pinang

Tarikh Ujibakat : 21 - 22 JUN 2009

Masa Ujibakat : 9:00 pagi - 5:00 petang



Maklumat Lain Akan Dimaklumkan Dari Semasa Ke Semasa.

Selasa, 5 Mei 2009

PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU ‘ 1 MALAYSIA ’


PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU ‘ 1 MALAYSIA ’

Pertandingan mencipta lagu ‘ 1 MALAYSIA ’ adalah berdasarkan konsep yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berteraskan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

PENGENALAN
1. Pertandingan mencipta lagu berkonsepkan ‘ 1 MALAYSIA ’ adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua pencipta lagu warganegara Malaysia samada amatur atau profesional.
3. Penciptaan lagu didefinisikan sebagai ‘lagu’ dan ‘lirik’.

OBJEKTIF PERTANDINGAN
1. Bagi mengembangkan dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
2. Meningkatkan aspirasi dan minat pencipta lagu terhadap penciptaan lagu patrotik.
3. Melahirkan semangat patriotisma dalam kalangan rakyat Malaysia.

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sama ada amatur atau profesional.
2. Lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa dua ( 2 ) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.
3. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu diterima sebagai peserta.
4. Ciptaan lagu adalah bebas. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan.
5. Lirik hendaklah menggabungkan konsep ‘ 1 MALAYSIA ’ merangkumi penyatuan kaum, kasih sayang, cintakan negara dan pembinaan negara bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
6. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang - kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan.
7. Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian http://www.moi.gov.my/ atau www.orkestrartm.my
8. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Bahagian Muzik RTM di talian :
Tel : 03-22887853
Faks : 03-22826805
9. Lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir sahaja akan menjadi hak milik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pihak penganjur berhak mengubahsuai lirik mengikut kesesuaian dengan konsep ‘Satu Malaysia’.
10. Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
11. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Jun 2009 dan penyertaan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:

Penerbit
Pertandingan Mencipta Lagu ‘ 1 MALAYSIA ’
Bahagian Perkhidmatan Muzik
Tingkat 1, Bangunan Rentak 50
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur.

HADIAH PERTANDINGAN LAGU.
1. Pemenang RM10,000.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja)

2. Empat ( 4 ) hadiah sagu hati RM2,500.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ribu Lima Ratus Sahaja ) setiap satu.




Sabtu, 2 Mei 2009

Sesi Ujibakat "Pilih Kasih"

Sesi Ujibakat Program Realiti " PILIH KASIH "

Lokasi Ujibakat : QueensBay Mall
Tarikh Ujibakat : 2 Mei 2009
Masa Ujibakat : 10:00 pagi - 8:00 malam

Rancangan ini terbuka kepada mereka yang meminati bidang lakonan dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun.

Adakah anda pelakon yang kami cari?
Sertai Ujibakat Ini Dan Jangan Lepaskan Peluang Menjadi Seorang Pelakon.


" Pilih Kasih - Demi Bergelar Seorang Pelakon "

Jumaat, 1 Mei 2009

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Selamat Menyambut Hari Pekerja 2009
1 Mei 2009

Rakan Blog Mutiara FM

Berikan Sokongan Anda


Sign up for Earth Hour! - PARTICIPATING: Mutiara FM - Radio Online

   Earth Hour 2009 by WWF - Sign up for Earth Hour!
 
PENAFIAN :
Mutiara FM - Radio Online @ mutiarafm.blogspot.com tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat yang dicapai dalam laman ini. www.mutiarafm.via.my © Hakcipta Mutiara FM - Radio Online 2009.

Copyright © 2009 mutiarafm.blogspot.com . All rights reserved.