
Senarai Segmen @ Mutiara FM
- SEGMEN RIUH @ MUTIARA : JAM 0600 - 0900
- SEGMEN XY @ MUTIARA : JAM 0900 - 1300
- SEGMEN SANTAI @ MUTIARA : JAM 1300 - 1700
- SEGMEN SERI @ MUTIARA : JAM 1700 - 2100
- SEGMEN DIMENSI @ MUTIARA : JAM 2100 - 2400
SMS Mutiara FM
Selasa, 18 Ogos 2009
Selamat Menyambut Ramadhan 1430H / 2009

Khamis, 13 Ogos 2009
Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1)


Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
c. Kanak-kanak dan remaja
- Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin)
- Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair
- Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut:
- Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
- Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
- Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
- Tiada bukti kukuh mengenai keberkesanan memakai mask di tempat awam
- Namun, ia telah digunakan dalam ruang yang sesak/tertutup apabila berhubung dengan individu yang mengalami gejala selesema
- Individu boleh memakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) di rumah dan di kalangan masyarakat, terutamanya jika mereka berhubung rapat dengan individu yang mengalami gejala influenza, contohnya semasa menjaga ahli keluarga yang sakit.
- Penggunaan mask membolehkan individu yang mengalami gejala influenza untuk menutup mulut dan hidung mereka bagi menghalang titisan cecair dari tersebar, salah satu kaedah adab batuk yang betul/baik.
- Surgical mask juga disyorkan kepada golongan yang berisiko tinggi apabila berada di kawasan yang sesak.
4. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit.
5. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
6. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal.
7. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
8. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Sumber Maklumat Rasmi H1N1 : Kementerian Kesihatan Malaysia
Laman Sesawang H1N1 : http://h1n1.moh.gov.my/
Jumaat, 3 Julai 2009
Khidmat Bantuan Motosikal : Di Jambatan Pulau Pinang
Khamis, 14 Mei 2009
Ujibakat "Penyampai Berita, Pengacara TV Dan Wartawan TV" RTM

Selasa, 5 Mei 2009
PERTANDINGAN MENCIPTA LAGU ‘ 1 MALAYSIA ’

Pertandingan mencipta lagu ‘ 1 MALAYSIA ’ adalah berdasarkan konsep yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia berteraskan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.
PENGENALAN
1. Pertandingan mencipta lagu berkonsepkan ‘ 1 MALAYSIA ’ adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
2. Pertandingan ini terbuka kepada semua pencipta lagu warganegara Malaysia samada amatur atau profesional.
3. Penciptaan lagu didefinisikan sebagai ‘lagu’ dan ‘lirik’.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
1. Bagi mengembangkan dan mempopularkan lagu-lagu patriotik dalam kalangan rakyat Malaysia.
2. Meningkatkan aspirasi dan minat pencipta lagu terhadap penciptaan lagu patrotik.
3. Melahirkan semangat patriotisma dalam kalangan rakyat Malaysia.
SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia sama ada amatur atau profesional.
2. Lagu hendaklah ciptaan asal dan tidak melebihi jangka masa dua ( 2 ) minit dan penyertaan adalah tidak terhad.
3. Peserta boleh menggunakan khidmat penulis lirik tetapi hanya pencipta lagu diterima sebagai peserta.
4. Ciptaan lagu adalah bebas. Penilaian akan diberikan kepada aspek kreativiti melodi yang bermutu, bernilai komersil dan menepati konsep serta mampu menarik minat semua golongan.
5. Lirik hendaklah menggabungkan konsep ‘ 1 MALAYSIA ’ merangkumi penyatuan kaum, kasih sayang, cintakan negara dan pembinaan negara bangsa tanpa menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan politik.
6. Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang - kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan.
7. Borang penyertaan boleh dimuat turun daripada laman web Kementerian http://www.moi.gov.my/ atau www.orkestrartm.my
8. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Bahagian Muzik RTM di talian :
Tel : 03-22887853
Faks : 03-22826805
9. Lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir sahaja akan menjadi hak milik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Pihak penganjur berhak mengubahsuai lirik mengikut kesesuaian dengan konsep ‘Satu Malaysia’.
10. Keputusan juri adalah MUKTAMAD.
11. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Jun 2009 dan penyertaan hendaklah dihantar terus ke alamat berikut:
Penerbit
Pertandingan Mencipta Lagu ‘ 1 MALAYSIA ’
Bahagian Perkhidmatan Muzik
Tingkat 1, Bangunan Rentak 50
Angkasapuri
50614 Kuala Lumpur.
HADIAH PERTANDINGAN LAGU.
1. Pemenang RM10,000.00 ( Ringgit Malaysia : Sepuluh Ribu Sahaja)
Sabtu, 2 Mei 2009
Sesi Ujibakat "Pilih Kasih"

Lokasi Ujibakat : QueensBay Mall
Tarikh Ujibakat : 2 Mei 2009
Masa Ujibakat : 10:00 pagi - 8:00 malam
Rancangan ini terbuka kepada mereka yang meminati bidang lakonan dan berusia dalam lingkungan 18 hingga 35 tahun.
Adakah anda pelakon yang kami cari?
Sertai Ujibakat Ini Dan Jangan Lepaskan Peluang Menjadi Seorang Pelakon.
" Pilih Kasih - Demi Bergelar Seorang Pelakon "
Jumaat, 1 Mei 2009
Selasa, 14 April 2009
Ujibakat Bintang Klasik 2009 - Lokasi Pulau Pinang

Rabu, 1 April 2009
Muzik Aktif - Online Streaming
Rakan Blog Mutiara FM
-
-
MAK DAN PAK YANG PENGASIH… - Teringat ketika masih sekolah rendah dulu, sekitar tahun 60an dan 70an, hujung minggu begini, apabila arwah bapak masih sihat, cukup bulan apabila dapat du...11 tahun yang lalu
-
-
Amalan & Sikap Pekerja Punca Kehilangan Data - Informasi korporat memainkan peranan penting dalam sesebuah perniagaan namun sering mengalami risiko kehilangan disebabkan oleh sikap dan kecuaian peker...16 tahun yang lalu
-
-